fb fb fb fb fb

11 negara Amerika Latin bekerjasama tangani inflasi

(Foto Facebook Andrés Manuel López Obrador)

MEXICO CITY, 6 April- Pemimpin 11 negara Amerika Latin, termasuk Brazil dan Mexico mengumumkan rancangan bekerjasama bagi menangani inflasi yang berleluasa.

Inisiatif itu diumumkan selepas mesyuarat maya pada Rabu, dihoskan Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador.

"Tujuan mesyuarat tersebut diadakan untuk memberi orang ramai akses tentang makanan dan produk asas pada harga lebih baik menerusi langkah-langkah seperti menghapuskan tarif import dan sebagainya.

"Keutamaan kami untuk mengurangkan kos produk untuk golongan termiskin dan paling terdedah," katanya menerusi kenyataan.

Amerika Latin mengalami inflasi yang tinggi dan sebahagiannya dipersalahkan susulan mempunyai kaitan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan wabak COVID-19. - AFP


(Foto Facebook Andrés Manuel López Obrador)

Media Baharu