NEW DELHI, 16 Januari- Perkhidmatan penerbangan dan kereta api tergendala dua hari berturut-turut susulan kabus tebal dan cuaca sejuk.
Lebih 100 penerbangan terpaksa ditangguhkan, namun operasi penerbangan telah disambung secara berperingkat hari ini.
Menurut laman web penerbangan Flightradar24, sekurang-kurangnya 56 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Pejabat cuaca negara itu telah meramalkan kabus tebal dan gelombang sejuk berlarutan sehingga esok.
Kegagalan pengoperasian Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi telah menyebabkan kelewatan besar-besaran di lapangan terbang seluruh negara.
Situasi itu juga menimbulkan kemarahan sehingga menyebabkan kekecohan dalam kalangan penumpang.- REUTERS