PRAGUE, 16 Januari- Seekor badak pygmy jantan yang jarang ditemui di zoo bakal menemui pengunjung untuk tontonan umum.
Badak pygmy jantan dianggap sebagai kehidupan yang berharga dalam usaha pemuliharaan spesies terancam.
Badak Pygmy itu dilahirkan pada Disember, berasal dari paya dan hutan hujan di barat Afrika dan dianggarkan hanya kira-kira 2,500 yang masih hidup.
Pembiakan mereka dalam kurungan telah sukar kerana disebabkan oleh kekurangan spesis jantan.
Dengan berat mencecah sehingga 275 kilogram, badak pygmy suka bersendirian dan dianggap kurang berbahaya.
Bagaimanapun, badak pygmy boleh menjadi liar pada masa-masa tertentu jika merasa dirinya terancam.- AFP