fb fb fb fb fb

Korban di Gaza cecah lebih 24,000 orang

FOTO AFP

GAZA, 17 Januari- Sekurang-kurangnya 24,285 orang di wilayah sini telah terbunuh dalam perang antara pejuang Hamas dan penjajah Israel yang bermula pada 7 Oktober lalu.

Data itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza, semalam.

Menurutnya, 70 peratus kematian adalah melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas.

"Sekurang-kurangnya 10,600 kanak-kanak, 7,200 wanita dan 1,049 warga emas telah terbunuh dalam konflik itu," katanya dalam kenyataan.

Ia menambah bahawa kira-kira 61,154 orang telah cedera, manakala ribuan lagi masih terperangkap bawah runtuhan. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA