NEW YORK, 16 Januari- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sekali lagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan, segera dilaksanakan di Gaza.
Guterres menyatakan perkara itu dalam sidang media di New York, hari ini.
Langkah itu perlu dibuat segera untuk memastikan bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan.
Katanya, tiada apa yang boleh membenarkan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Jelas beliau, masalah kelaparan yang sedang melanda penduduk Gaza menyumbang kepada risiko penyakit, kekurangan zat makanan dan ancaman kesihatan yang lain.
Seramai 152 pekerja PBB maut sejak 7 Oktober lalu, menandakan jumlah kematian terbesar dalam sejarah badan dunia itu.- AFP