fb fb fb fb fb

Jepun pertingkat dana bantuan bencana, sokongan pemulihan selepas gempa

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hiroshi Moriya

TOKYO, 16 Januari- Jepun merancang untuk menggandakan dana bantuan bencana dan kontingensi lain kepada $6.8 bilion selepas gempa bumi melanda tanah matahari terbit pada Hari Tahun Baharu.

Selain itu, cuaca salji tebal memburukkan lagi keadaan bagi mangsa yang terselamat.

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud dan gegaran susulan yang kuat mengorbankan sekurang-kurangnya 222 orang di wilayah tengah Jepun, memusnahkan sisa rumah dan infrastruktur.

Kira-kira 16,700 orang masih terperangkap di tempat perlindungan di wilayah Ishikawa, pantai Laut Jepun dengan kebanyakan mereka tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.

"Sokongan berterusan amat diperlukan untuk pembinaan semula dan pemulihan kawasan yang dilanda bencana."

"Pada tahun fiskal dari April, kerajaan akan meningkatkan dana rizabnya yang mana ia digunakan untuk kecemasan bencana kepada kemelesetan ekonomi, daripada 500 bilion yen ($3.4 bilion) kepada satu trilion yen ($6.8 bilion)," kata Hiroshi Moriya, Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet kepada pemberita.

Draf bajet itu dijangka akan diluluskan menteri lewat Selasa, kemudian akan diserahkan kepada parlimen untuk digubal.

"Kira-kira 100 bilion yen ($680 juta) daripada dana rizab tahun fiskal semasa, diperuntukkan bagi pakej bantuan bagi gempa bumi yang berlaku awal Januari tahun ini," tambahnya.

Peningkatan kematian yang meningkat, semakin membimbangkan berikutan situasi kesihatan yang teruk di pusat perlindungan apabila suhu sejuk mula menyelubungi kawasan pantai itu.

Walaupun begitu, penganalisis berkata kesan bencana itu terhadap ekonomi Jepun mungkin akan terhad, kerana gempa bumi melanda kawasan terpencil dengan beberapa tapak perindustrian.

Takahide Kiuchi, seorang ahli ekonomi di Institut Penyelidikan Nomura, menilai anggaran awal kos kerosakan adalah sekitar 800 bilion yen ($5.5 bilion).- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM