fb fb fb fb fb

Perkhidmatan kereta api China-Laos di sambung semula

(FOTO REUTERS)

LAOS, 11 April - Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan China-Laos akan menyambung semula operasinya, Khamis ini.

Penumpang di China dan Laos boleh membeli tiket kereta api antara kedua-dua negara mulai Selasa, menjadikannya perkhidmatan kereta api penumpang antarabangsa pertama beroperasi semula sejak wabak COVID-19 melanda.

Perkhidmatan tersebut akan beroperasi setiap hari dari Kunming ke Vientiane dan dari Vientiane ke Kunming.

(FOTO REUTERS)

Sepanjang laluan, kereta api akan berhenti di lapan buah stesen dan perjalanan akan mengambil masa kira-kira 10 jam setengah termasuk pemeriksaan kastam.

Kereta api dengan satu koc kelas pertama dan enam koc kelas kedua serta satu koc ruang makan itu boleh membawa sehingga 720 penumpang.

Perkhidmatan kereta api China-Laos mula beroperasi pada Disember 2021.

Perkhidmatan kereta api penumpang sepanjang 1,035 kilometer itu ialah projek infrastruktur penting bagi Inisiatif 'Belt and Road'.

Sehingga Ahad, kereta api China-Laos telah mengendalikan seramai 13.93 juta penumpang dan 18.38 juta tan kargo.-REUTERS

Media Baharu