fb fb fb fb fb

China tamatkan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan

(FOTO REUTERS)

TAIPEI, 11 April - China menamatkan latihan ketenteraannya selama tiga hari di sekitar Taiwan semalam.

Mereka mendakwa sudah menguji keupayaan ketenteraan bersepadu di bawah situasi pertempuran sebenar, selepas menjalankan latihan serangan tepat dan menyekat pulau yang dianggap Beijing sebagai miliknya itu.

(FOTO REUTERS)

Taiwan bagaimanapun memberi maklum balas kepada pengumuman Beijing dengan mengatakan negara itu 'tidak akan pernah merehatkan' usahanya untuk mengukuhkan persediaan tempur dan akan memantau rapi pasukan peluru berpandu China serta pergerakan kapal pengangkut pesawat Shandong.

Beijing memulakan latihan pada Sabtu lalu selepas presiden Taiwan, Tsai Ing-wen kembali ke Taipei susulan pertemuan dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy di Los Angeles.

China tidak pernah berhenti daripada menggunakan kekerasan untuk membawa pulau yang ditadbir secara demokrasi itu di bawah kawalan Beijing.-REUTERS

Media Baharu