fb fb fb fb fb

Empat maut, tiga kritikal serangan bank di Kentucky

(Foto AFP)

LOUISVILLE, 11 April- Seorang pekerja bank bersenjatakan senapang, menembak mati empat orang di tempat kerjanya di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, pada Isnin.

Dia turut mencederakan sembilan yang lain, dengan tiga daripadanya kritikal. Serangan itu turut disiarkan secara langsung oleh suspek.

(Motif serangan yang mengorbankan empat nyawa
itu masih dalam siasatan pihak polis/Foto AFP)

Pemangku ketua polis, Jacquelyn Gwinn-Villaroel menerusi sidang media memaklumkan suspek dikenali sebagai Connor Sturgeon, berusia 23 tahun, pekerja di Old National Bank.

Polis menerima laporan berhubung serangan kira-kira pukul 8.38 pagi, waktu tempatan, dan tiba tiga minit kemudian.

Polis dan penjenayah kemudian berbalas tembakan sebelum suspek terbunuh.

"Senjata yang digunakan suspek ialah senapang," kata Gwinn-Villaroel tanpa menyatakan sama ada ia adalah senjata serangan jenis yang sering digunakan dalam pembunuhan beramai-ramai yang telah menjadi tragis biasa di Amerika Syarikat.

Motif serangan masih disiasat. Namun, suspek dipercayai berbuat demikian selepas dimaklumkan akan diberhentikan kerja.-AFP

Media Baharu