KANADA, 26 Februari- Perjanjian "penjagaan farmasi" antara parti Liberal yang memerintah Kanada dan Demokrat Baru (NDP) tidak akan mengancam kedudukan fiskal negara itu, kata Menteri Kewangan Kanada Chrystia Freeland dalam sidang akhbar pada Ahad.
Pemimpin NDP Jagmeet Singh memberitahu penyiar awam Kanada pada Jumaat bahawa kedua-dua pihak kini telah mencapai kesepakatan mengenai "penjagaan farmasi" yang disahkan oleh sumber kerajaan.
"Adalah sangat penting untuk melabur dalam menyokong warga Kanada dan melakukannya dengan cara yang bertanggungjawab secara fiskal," kata Freeland, tambah laporan itu.
The Globe and Mail sebelum ini melaporkan bahawa pelan penjagaan farmasi itu akan menelan kos lebih daripada C$1 bilion (AS$740.41 juta) setahun sebaik sahaja ia dilaksanakan.
Bagaimanapun Jurucakap Freeland tidak segera menjawab perkara itu.
Sumber kerajaan berkata pada hari Jumaat bahawa syarat perjanjian telah dicapai dengan NDP dan butiran akan diumumkan minggu depan.
Cadangan perjanjian farmasi seakan memberi peluang kepada Trudeau untuk kekal memegang jawatan sehingga pilihan raya tahun depan.- REUTERS