SEOUL, 26 Februari- Ryu Ok Hada sentiasa mahu membantu orang ramai, tetapi kini doktor pelatih Korea Selatan itu meninggalkan kerja dan berdiri di luar hospital tempatnya bekerja.
Park Dan, baru-baru ini merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi doktor juga merupakan salah seorang daripada lebih 7,800 pelatih meletak jawatan dalam konfrontasi dengan kerajaan, yang mengancam untuk menangkap mereka.
Ryu dan Park berkata, suara mereka yang berada dalam bidang kesihatan tidak didengari selain menanggung beban kerja dan pendapatan yang kurang.
Hospital telah menolak pesakit dan membatalkan pembedahan selepas kira-kira dua pertiga daripada doktor muda negara itu berhenti kerja bulan ini sebagai tanda protes.
Doktor muda itu berkata gaji dan keadaan kerja harus menjadi keutamaan, bukannya rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan doktor.
Pihak berkuasa berkata lebih ramai kakitangan diperlukan untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di kawasan terpencil dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
"Sistem perubatan semasa di Korea Selatan seakan melahirkan lebih ramai doktor pelatih murahan," kata Ryu, 25, kepada Reuters.
Doktor kanan dan pengamal swasta tidak turut sama dengan protes tersebut namun mengadakan perhimpunan dan mendesak kerajaan membatalkan rancangannya. Kira-kira 400 perhimpunan diadakan di Seoul pada Ahad.
Satu tinjauan Gallup Korea baru-baru ini mendapati rancangan kerajaan untuk meningkatkan kemasukan ke institusi perubatan mendapat 76 peratus sokongan.- REUTERS