fb fb fb fb fb

Israel, Hamas masih bertempur ketika usaha gencatan senjata

Kawasan Gaza yang dibom tentera Israel/REUTERS

BAITULMAQDIS, 26 Februari- Tentera Israel terus menggempur seluruh kawasan Gaza pada Ahad, ketika pengantara dalam usaha mempercepatkan rundingan mengenai gencatan senjata selain membebaskan lebih ramai tebusan berikutan sambutan Ramadan.

Namun Israel menetapkan pendirian untuk memusnahkan Hamas dan ia seakan memberi gambaran gencatan senjata tidak mungkin berlaku.

Penduduk Gaza berkata tentera Israel membedil beberapa kawasan enklaf ketika kereta kebal bergerak ke Beit Lahiya dan askar melancarkan serangan di kawasan Zeitoun di Bandar Gaza.

Sekurang-kurangnya 86 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak Sabtu, kata pegawai perubatan Ahad.

Bagaimanapun Pegawai Kanan Hamas Sami Abu Zuhri berkata, komen Netanyahu menimbulkan keraguan terhadap kesediaan Israel untuk mendapatkan perjanjian berkenaan gencatan senjata.

"Komen Netanyahu menunjukkan dia tidak prihatin untuk mencapai persetujuan," kata Abu Zuhri kepada Reuters. Israel seperti mahu "menjalankan rundingan berdarah dan terus menyerang (rakyat Palestin)".- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI