MADRID, 22 Mei- Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez merancang untuk mengumumkan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka, kata sumber kerajaan yang mengesahkan laporan dari laman web berita El Confidencial pada Rabu.
Bagaimanapun Jurucakap pejabat Sanchez enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu.
Tindakan berkenaan disebabkan Norway berkata ia akan membuat pengumuman serupa.
Anggota Kesatuan Eropah Ireland, Slovenia dan Malta telah menyatakan hasrat itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Mereka juga merancang untuk membuat pengiktirafan berkenaan, dengan alasan penyelesaian dua negara adalah penting untuk keamanan berkekalan di rantau itu.
Menurut Sanchez, kerajaannya pada Mac lalu akan mengambil langkah pertama ke arah pengiktirafan negara Palestin.- REUTERS