fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Ireland iktiraf Palestin

Orang ramai menghadiri protes sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Dublin, Ireland/REUTERS

LONDON, 22 Mei- Ireland akan mengiktiraf Palestin, kata Perdana Menteri Ireland Simon Harris akan mengiktiraf Palestin selepas beliau bercakap dengan pemimpin dunia pada Rabu.

Beliau juga akan menambah bahawa beliau menjangkakan negara lain akan menyusul beberapa minggu akan datang.

"Hari ini, Ireland, Norway, dan Sepanyol mengumumkan bahawa kami mengiktiraf negara Palestin," kata Harris dalam sidang media.

"Menjelang pengumuman hari ini, saya telah bercakap dengan beberapa pemimpin dan rakan sejawatannya dan saya yakin negara lain akan menyertai kami dalam mengambil langkah penting ini dalam beberapa minggu akan datang," tambahnya.

Beliau berkata penyelesaian terhadap kedua-dua negara merupakan penyelesaian yang boleh mencapai keamanan dan keselamatan khususnya bagi Palestin dan rakyat mereka.

Pengiktirafan kenegaraan mempunyai resonansi tertentu di Ireland, kata Harris.

Pengiktirafan Ireland terhadap Palestin akan digubal secara rasmi pada 28 Mei, kata Menteri Luar Negeri Micheal Martin menerusi datu hantaran di X.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI