fb fb fb fb fb

Lawatan pertama Menteri Luar Mesir ke Iran, hadir pengebumian Ebrahim Raisi

Sameh Shoukry/REUTERS

DUBAI, 22 Mei- Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry ke Tehran pada Rabu untuk menyertai pengebumian Presiden Iran Ebrahim Raisi, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

"Lawatan Shoukry adalah lawatan pertama Menteri Luar Mesir ke Iran," kata agensi berita Iran, Tasnim.

Hubungan antara Mesir dan Iran tegang dalam beberapa dekad kebelakangan ini walaupun kedua-dua negara mengekalkan hubungan diplomatik.

September lalu, Menteri Luar kedua-dua negara bertemu semasa perhimpunan pemimpin Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Semasa perhimpunan itu Raisi menyifatkan mesyuarat berkenaan boleh membuka jalan untuk memulihkan hubungan.

Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian, turut meninggal dunia dalam nahas itu, telah bertemu rakan sejawatannya dari Mesir awal bulan ini di luar sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gambia.

Kedua-dua mereka membincangkan usaha bagi mempromosikan hubungan dua hala dan perkembangan terkini di rantau ini, terutamanya keadaan berterusan di Gaza.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI