RIYADH, 30 April- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan ibadah umrah boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai jenis visa.
Menurut sumber, peraturan baharu itu membolehkan jemaah menunaikan ibadah itu dengan mudah dan selesa.
Kementerian itu menjelaskan ibadah tersebut boleh dilaksanakan oleh pemegang semua jenis visa termasuk peribadi, keluarga, transit, kerja dan e-visa.
Jemaah bagaimanapun digalakkan menggunakan aplikasi Nusuk bagi mendapatkan kebenaran dan mematuhi masa yang ditetapkan.
Platform Nusuk memudahkan pelbagai prosedur termasuk urusan penginapan dan melawat Mekah serta Madinah.
Sebelum ini, beberapa inisiatif telah diperkenal antaranya pelanjutan tempoh visa daripada 30 kepada 90 hari, dibenarkan masuk melalui semua pelabuhan dan menghapuskan peraturan jemaah wanita mesti ditemani penjaga lelaki.