GAZA, 8 Julai- Pertempuran hebat berlaku di Bandar Gaza berlanjutan bulan ke-10 pada Isnin ketika Hamas dan Israel mempertaruhkan tuntutan menjelang rundingan gencatan senjata.
Perantara Mesir dan Qatar dijadual menjadi tuan rumah rundingan baharu minggu ini, menurut pegawai.
Tentera dan kereta kebal Israel terlibat dalam pertempuran dengan Palestin di Gaza ketika jet dan dron melintasi atas wilayah yang dikepung.
Beribu-ribu orang awam bergerak semula di utara Gaza selepas pertempuran menggegarkan bandar selatan Khan Younis dan Rafah.
Kaherah dan Doha meneruskan usaha diplomatik untuk menghentikan pertempuran, selain mencadangkan gencatan senjata awal selama enam minggu.
Hamas memberi isyarat untuk terus mendapatkan gencatan senjata sepenuhnya, namun tuntutan itu berulang kali ditolak Israel.
Seorang pegawai tertinggi Hamas yang tidak mahu dikenali memberitahu AFP, pengantara telah menawarkan jaminan "selagi... rundingan diteruskan, gencatan senjata akan diteruskan".- AFP