fb fb fb fb fb

Perang perdagangan AS-China boleh diselesaikan - Trump

Pertemuan pertama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan Presiden China, Xi Jinping selepas enam tahun / Foto REUTERS

BUSAN, 30 Oktober - Presiden Donald Trump yakin perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China boleh diselesaikan.

Keyakinan itu disuarakan beliau dalam pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping di sebuah pangkalan tentera udara Korea Selatan yang diadakan di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Trump kembali mengambil alih pentadbiran Amerika Syarikat pada Januari lepas.

Beliau berulang kali menyuarakan rasa optimis akan mencapai memeterai perjanjian dengan Presiden Xi.

Semasa duduk bersama delegasi masing-masing untuk memulakan perbincangan, Xi memberitahu Trump adalah perkara biasa bagi kedua-dua ekonomi terkemuka dunia itu mempunyai pergeseran dari semasa ke semasa.

"Beberapa hari lalu, perunding perdagangan untuk kedua-dua negara mencapai "konsensus asas untuk menangani kebimbangan utama masing-masing," kata Xi.

"Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan Presiden Trump untuk meletakkan asas kukuh bagi hubungan China-A.S," tambahnya.

Presiden Trump terus berlepas pulang ke Washington dari Korea Selatan selepas pertemuan dengan Presiden Xi.

TIada sebarang sidang media dibuat oleh kedua-dua pemimpin  di Busan mengenai perkembangan hasil perbincangan tersebut.

Ini adalah pertemuan bersemuka kali pertama antara Trump dan Xi selepas enam tahun. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN