PARIS, 19 Disember- Perancis akan mengenakan sekatan terhadap beberapa penghuni petempatan haram Yahudi di kawasan yang diduduki di Tebing Barat, yang dikenal pasti menindas rakyat Palestin.
Menteri Luar, Catherine Colonna menyifatkan keganasan yang dilakukan, sama sekali tidak boleh diterima.
Terdahulu, Colonna dan rakan sejawatannya dari Britain, David Cameron melawat Israel dan Tebing Barat.
Beliau melihat sendiri keganasan dilakukan beberapa pelampau Yahudi.
Awal bulan ini, Paris menyatakan sedang mempertimbangkan sekatan, termasuk larangan memasuki wilayah Perancis selain membekukan aset mereka.-AFP