fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan pro-Palestin di Universiti Columbia tidak mahu berganjak

FOTO REUTERS

NEW YORK, 26 April- Rundingan antara pentadbir Universiti Columbia dan penunjuk perasaan pro-Palestin yang telah menduduki halaman kampus dengan mendirikan khemah telah menunjukkan kemajuan dan diteruskan seperti yang dirancang," kata universiti itu dalam satu kenyataan.

"Selama beberapa hari, sekumpulan kecil pengurusan fakulti, pentadbir, dan Senator Universiti telah berdialog dengan penganjur iaitu kumpulan pelajar untuk membincangkan asas menurunkan khemah,, bersurai dan mengikuti dasar Universiti pada masa hadapan," kata Presiden Universiti Columbia, Minouche Shafik.

"Kami mempunyai tuntutan kami; mereka mempunyai tuntutan mereka."

Universiti itu juga menafikan pihaknya telah memanggil NYPD ke kampus.

Gelombang protes pro-Palestin sedang merebak di seluruh AS, dengan ratusan orang ditangkap di universiti di seluruh negara minggu ini.

Di Universiti Columbia New York, pusat demonstrasi, pelajar yang membantah berkata mereka tidak akan bersurai sehingga sekolah itu bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan institusi akademik Israel dan melucutkan dananya daripada entiti yang berkaitan dengan Israel.

Penunjuk perasaan di kampus lain mempunyai tuntutan yang sama.

Tunjuk perasaan besar-besaran tersebar di seluruh negara telah mengumpulkan pelajar daripada pelbagai latar belakang termasuk Palestin, Arab, Yahudi dan Muslim, mengecam pengeboman Israel ke atas Gaza.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE