COLOMBIA, 26 April- Gunung berapi Nevado del Ruiz yang terletak di sempadan Tolima dan Caldas di sini diletakkan di bawah amaran kuning sebagai langkah berjaga-jaga.
Ia susulan gunung berapi terbabit "memuntahkan" awan abu, namun situasi tersebut tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penduduk sekitar.
Sebuah rakaman dikongsi Reuters hari ini menunjukkan kepulan besar keluar dari puncak gunung berkenaan yang direkodkan oleh Perkhidmatan Geologi Colombia pada 13 April lepas.
Pelepasan abu dikaitkan dengan aktiviti seismik itu berlaku pada pukul 10.07 pagi waktu tempatan
Nevado del Ruiz kekal sebagai gunung berapi paling aktif di Colombia selama lebih sedekad dengan proses letusannya dicirikan letusan kecil. -Reuters