fb fb fb fb fb

Penumpang pengangkutan udara dijangka capai 83% daripada paras 2019 tahun ini: IATA

(Foto hiasan)

DOHA, 20 Jun- Penumpang pengangkutan udara dijangka mencecah 83% tahap prapandemik pada tahun ini dengan keuntungan industri penerbangan dijangka pulih pada 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

"Syarikat penerbangan berdaya tahan. Orang ramai terbang dalam jumlah yang lebih besar. Dan kargo menunjukkan prestasi yang baik dengan latar belakang ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat," kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh dalam ramalan industri yang disemak semula bagi 2022.

Industri udara terjejas teruk akibat penularan COVID-19 dengan jumlah penumpang menjunam 60% pada 2020 dan 50% pada 2021. Syarikat penerbangan menanggung kerugian hampir AS$200 bilion dalam tempoh dua tahun.

Walaupun beberapa syarikat jatuh muflis, yang lain telah bangkit dengan mencatatkan keuntungan.-AFP

(Ketua Pengarah IATA Willie Walsh/REUTERS)

Media Baharu