fb fb fb fb fb

IMF, Sri Lanka mulakan rundingan jamin keluar

(Orang ramai sedang beratur di sepanjang jalan untuk membeli bahan bakar di stesen bahan minyak Ceylon di Colombo pada 18 Mei 2022/AFP)

COLOMBO, 20 Jun- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) membuka rundingan dengan Sri Lanka mengenai  permintaan jamin keluar yang dikemukakan oleh Colombo.

Menurut kenyataan ringkas IMF, perbincangan akan diadakan selama 10 hari.

April lepas, Sri Lanka yang sedang mengalami krisis ekonomi terburuk, gagal membayar hutang asingnya berjumlah $51 bilion dan menyerahkan sepenuhnya kepada IMF.

Bermula hari ini semua sekolah dan perkhidmatan kerajaan yang tidak penting ditutup selama dua minggu bagi menjimatkan rizab bahan bakar.

Ratusan ribu pemandu dilaporkan terus beratur panjang di stesen minyak untuk mengisi petrol dan diesel walaupun Kementerian Tenaga telah mengumumkan mereka tidak akan mempunyai stok bahan bakar baharu untuk sekurang-kurangnya tiga hari lagi.

Sri Lanka berdepan dengan rekod inflasi yang tinggi dan bekalan elektrik yang kerap terputus menyebabkan aktivis melancarkan bantahan selama berbulan-bulan, kadangkala ganas menggesa Presiden Gotabaya Rajapaksa berundur.

(Tunjuk perasaan mendesak Presiden Gotabaya Rajapaksa berundur/REUTERS) 

Polis menahan 21 aktivis pelajar yang menyekat semua pintu masuk ke bangunan sekretariat presiden selepas mengisytiharkan hari lahir Rajapaksa yang ke-73 hari ini, sebagai "hari berkabung".

Pertubuhan Bangsa Bersatu telah mengeluarkan amaran tentang "krisis kemanusiaan yang mengerikan" membabitkan jutaan penduduk memerlukan bantuan.

PBB sebelum ini melancarkan respons kecemasan untuk memberi makan kepada ribuan wanita hamil yang menghadapi kekurangan makanan. -AFP

Media Baharu