fb fb fb fb fb

Bekas pejuang berhaluan kiri menang jawatan presiden Colombia

(Gustavo Petro menunjukkan kertas undinya sebelum membuang undi di pusat mengundi semasa
pusingan kedua pilihan raya presiden di Bogota, Colombia 19 Jun 2022/REUTERS)


BOGOTA, 20 Jun- Bekas pejuang gerila M-19, Gustavo Petro, memenangi jawatan presiden Colombia pada Ahad, menjadi presiden pertama berhaluan kiri dipilih dalam sejarah negara itu.

Petro, 62 mengalahkan ahli perniagaan jutawan, Rodolfo Hernandez, dengan majoriti luar jangka pada pilihan raya itu dengan kira-kira 719,975 undi.

Pilihan raya berkenaan agak tegang dengan persaingan sengit bagi calon apabila kedua-duanya secara teknikal terikat keputusan pengiraan undi semasa sehingga keputusan muktamad dapat diumumkan.

Petro, bekas datuk bandar ibu kota Bogota itu, mencatat kemenangan meraih 50.4 peratus undi berbanding Hernandez yang memperoleh 47.3 peratus undi.

Beliau berjanji untuk memerangi ketidaksamaan pendidikan universiti awam, pembaharuan pencen dan cukai tinggi ke atas tanah yang tidak terbiar yang tidak diusahakan serta tidak mendatangkan hasil.

Petro juga dalam manifestonya berjanji untuk menangani pengharaman projek minyak baharu dan ini telah mengejutkan beberapa pelabur, walaupun beliau berjanji untuk menghormati kontrak semasa.

Kempen ini merupakan bidaan presiden ketiga bagi Petro dan kemenangannya menambah negara Andes itu ke senarai negara Amerika Latin yang telah memilih pemimpin progresif dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

(Petro berucap selepas mencatat kemenangan pada pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Colombia,semalam/REUTERS)


Sementara itu, Petro berkata berdasarkan pengalaman pernah diseksa tentera disebabkan penglibatannya dengan gerila, beliau menggambarkan perubahan yang bakal diambilnya terutama dalam pentadbiran tertinggi tentera negara itu.

Pasangan penyandang Petro Francia Marquez, seorang ibu tunggal dan bekas pembantu rumah, akan menjadi naib presiden wanita Afro-Colombia pertama negara itu.

Petro juga telah berjanji untuk melaksanakan sepenuhnya perjanjian damai 2016 dengan pemberontak FARC dan mencari rundingan dengan gerila ELN yang masih aktif.

Kira-kira 22.6 juta orang mengundi, dengan lebih 1.2 jutapengundi pada pusingan pertama.

Sementara, kira-kira 2.3 peratus pengundi menyerahkan undi protes, tidak menyokong kedua-dua calon.- REUTERS

Media Baharu