fb fb fb fb fb

Penumpang dipindahkan selepas kabin kapal persiaran terbakar

SYDNEY, 3 Februari- Penumpang sebuah kapal persiaran terpaksa dipindahkan susulan kebakaran di kabin penginapan kapal tersebut.

Kapal yang berlabuh di Terminal Pelayaran White Bay, di sini; terbakar pagi tadi.

Kebakaran menyebabkan dua penumpang cedera dan dirawat oleh paramedik sebelum dihantar ke hospital.

Menurut laporan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat NSW, kapal tersebut membawa kira-kira 800 penumpang.

(Foto hiasan)

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kapal berkenaan kembali meneruskan operasi seperti biasa.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa terjejas serta punca kebakaran masih dalam siasatan. -REUTERS

Media Baharu