fb fb fb fb fb

Belon pengintip: Beijing belum mengesahkan dakwaan AS

(Mao Ning/Foto AFP)

BEIJING, 3 Februari- Beijing sedang berusaha untuk mengesahkan laporan yang didakwa Pentagon.

Ini berhubung pengesanan belon pengintip di ruang udara Amerika Syarikat yang dilaporkan milik China.

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning dalam satu sesi taklimat memberi amaran, sebarang andaian tidak akan membantu menyelesaikan isu tersebut, sehingga fakta mengenainya adalah jelas.

Tegas beliau, China sebuah negara yang bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa dengan ketat.

"Kami tidak berniat untuk melanggar wilayah atau ruang udara mana-mana negara berdaulat.

"Kami juga berharap kedua-dua pihak akan menangani situasi ini dengan tenang dan berhemah," katanya.-AFP

(Belon pengintip yang kelihatan terapung di udara Billings, Montana/Foto AFP)

Media Baharu