fb fb fb fb fb

Bekas menteri kehakiman Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara dua tahun

(Foto AFP)

SEOUL, 3 Februari- Bekas menteri kehakiman Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun kerana memalsukan sijil akademik anaknya.

Cho Kuk, yang berkhidmat bawah bekas Presiden, Moon Jae-in pernah dilihat sebagai anggota politik yang menyerlah dan bakal menggantikan Jae-in.

Namun, selepas pelantikan beliau pada 2019, dia dikaitkan dengan dakwaan pilih kasih dan hipokrit, membabitkan persekolahan anak-anaknya.

Sekali gus, memberi kelebihan kepada mereka untuk memasuki kolej dan universiti berprestij.

(Susulan hukuman yang diterima, Cho Kuk (tengah) bercadang untuk membuat rayuan/Foto AFP)

Kuk juga didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan rasuah menggunakan pengaruhnya semasa berkhidmat sebagai setiausaha kanan presiden.

Susulan hukuman itu, beliau bercadang untuk membuat rayuan.

Kuk dilantik sebagai menteri kehakiman pada 2019, tetapi terpaksa meletak jawatan beberapa bulan kemudian berikutan dakwaan kelebihan pendidikan yang diberi kepada anaknya.-AFP

Media Baharu