fb fb fb fb fb

Serangan bom di masjid Peshawar, polis terus pertingkat kawalan keselamatan

(Foto Reuters)

PESHAWAR, 3 Februari- Kawalan keselamatan terus dipertingkat pihak berkuasa, di lokasi serangan pengebom bunuh diri, di bandar ini.

Ia ketika penduduk memenuhi kawasan masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Serangan awal minggu lalu di sebuah masjid di dalam kawasan ibu pejabat polis telah mengakibatkan lebih 100 orang maut dan sebahagian bangunan masjid rosak.

"Hari ini hari Jumaat dan kami sangat takut. Satu lagi kejadian boleh berlaku yang boleh berakhir dengan bencana lain," kata Mohammad Muddasir Ehsan ketika meninggalkan masjid lain di bandar itu.

(Serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar, 
Pakistan telah mengakibatkan lebih 100 orang maut/Foto Reuters)

Terdahulu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mempengerusikan mesyuarat pemimpin awam dan tentera di bandar itu untuk menyediakan respons terhadap serangan pengeboman masjid tersebut.

Pengebom di sebalik serangan itu telah dikenal pasti sebagai anggota rangkaian militan, menurut Ketua Polis Wilayah Khyber Pashtunkhwa, Moazzam Jah Ansari

Beliau bagaimanapun, tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.

Tragedi di Peshawar itu adalah pengeboman meragut paling banyak nyawa dalam tempoh sedekad ini, berlaku di sebuah bandar bergolak di barat laut berhampiran sempadan Afghanistan.-REUTERS

Media Baharu