fb fb fb fb fb

Lebih 700 hektar hutan di Quillon terbakar

QUILLON, 3 Februari-  Lebih 741 hektar hutan di sini terjejas akibat kebakaran hutan yang melanda Chile.

Mengikut laporan Pusat Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Chile (SENAPRED), pihak bomba terpaksa berdepan dengan api besar untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Menteri Pertanian Esteban Valenzuela berkata kebakaran hutan berpunca daripada suhu tinggi serta angin kering dan panas yang datang dari Pampas, Argentina.

Susulan kebakaran tersebut, SENAPRED mengaktifkan amaran merah di Chillan, Chillan Viejo dan Quirihue.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu