fb fb fb fb fb

Penularan varian omicron di Korea Selatan semakin berkurang

(FOTO AFP)

SEOUL, 29 Mac - Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyatakan negara berkenaan telah melepasi kemuncak gelombang terburuk COVID-19 yang berpunca daripada varian Omicron.

Namun begitu, beliau meminta usaha dipertingkat demi memastikan jumlah pesakit kritikal dan kadar kematian terkawal.

(FOTO AFP)

Beliau juga menggesa orang ramai supaya mendapatkan dos penggalak untuk perlindungan berganda.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, hampir 64 peratus penduduk negara itu sudah menerima suntikan dos penggalak.

Jae-in turut memerintahkan kerajaan melakukan segala yang termampu untuk menstabilkan tindak balas perubatan, supaya pesakit kritikal dan kadar kematian dapat dikurangkan.-AFP

Media Baharu