fb fb fb fb fb

Protokol kesihatan di Indonesia diseragam

(FOTO REUTERS)

YOGYAKARTA, 29 Mac - Indonesia akan menyeragamkan protokol kesihatan terutama berkaitan perjalanan, bagi membantu memulihkan semula sektor ekonominya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan G20 telah memulakan perbincangan bersama pihak berkuasa kesihatan Indonesia menerusi persidangan yang diadakan di Yogyakarta.

(Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin/FOTO REUTERS)

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin memberitahu, mesyuarat G20 berkenaan diadakan, bagi mencari kaedah terbaik mengurus dan memudahkan perjalanan pelancong.

Bagaimanapun katanya, kelonggaran dan penyeragaman yang dibuat tetap perlu mematuhi SOP COVID-19, seperti melaksanakan ujian dan telah menerima suntikan vaksin.

Jakarta pada masa sama akan turut menyelaras protokol perjalanan dengan negara-negara ASEAN dan Kesatuan Eropah.-REUTERS

Media Baharu