fb fb fb fb fb

Penularan COVID-19, penduduk Shanghai kecewa bekalan makanan semakin berkurang

SHANGHAI, 10 April- Satu lagi saringan COVID-19 secara besar-besaran di buat di Shanghai semalam.

Ini melibatkkan penduduk yang perlu menjalani saringan itu sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Saringan itu telah dibuat empat hari berturut-turut di seluruh bandar yang merekodkan 23,600 kes jangkitan tempatan baharu.

Meskipun jumlah kes masih rendah berbanding piawaian global, Shanghai menjadi lokasi ujian bagi mengekang penularan wabak COVID-19 menerusi saringan, pengesanan dan kuarantin bagi semua kes positif.

Beijing mengambil alih pengurusan kawalan penularan COVID-19 di Shanghai selepas bandar itu gagal mengawal penularan menerusi perintah berkurung secara berperingkat.

Malah China kekal dengan dasar sifar toleransi bagi mengelak kelumpuhan sistem perubatan di negara itu.

(FOTO AFP)

Bagaimanapun, sekatan itu telah menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan lain secara mendadak di bandar yang memiliki 26 juta penduduk.

Ini susulan tindakan menutup pasar raya dan ribuan perkhidmatan penghantar terhenti serta akses perubatan yang membimbangkan.

Penduduk Shanghai diarah melaksanakan saringan antigen kendiri semalam, sekurang-kurangnya dua kali, selain perlu beratur di premis masing-masing untuk menjalani ujian PCR.

Dalam pada itu, kekecewaan masyarakat semakin memuncak berikutan kekurangan bekalan makanan.

Beberapa rakaman video tular di media sosial China, menunjukkan individu berpakaian hazmat bergelut dengan penduduk di sebuah premis perumahan di Shanghai, dengan ada penduduk menjerit 'hantar bekalan keperluan'. -REUTERS

Media Baharu