CANBERRA, 10 April- Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berhasrat mengadakan pilihan raya pada 21 Mei ini.
Beliau dijangka bakal mencuba nasib mempertahankan kerusi yang disandang.
Pengumuman dibuat Morrison selepas mengadakan pertemuan dengan gabenor jeneral Australia yang mewakili Ratu Elizabeth II.
(Perdana Menteri Australia, Scott Morrison/ AFP)
Persetujuan perlu diterimanya untuk membubarkan parlimen dan sekaligus mengesyorkan pelaksanaan pilihan raya umum.
Ini bermakna, tempoh kempen akan berlangsung sekitar enam minggu.
Morrison dijangka berdepan cabaran sukar selepas tiga tahun kepimpinanya diuji dengan bencana banjir, kebakaran besar dan pandemik COVID-19. -AFP