KYIV, 10 April- Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terbang ke Kyiv dan bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
Beliau merupakan pemimpin negara G-7 pertama tiba di negara berkenaan sejak konfrantasi skala besar Ukraine-Rusia melanda.
Lawatan dibuat Johnson sebagai tanda solidariti terhadap penduduk negara itu.
Menerusi pertemuan itu, United Kingdom setuju menghantar bekalan 120 kenderaan berperisai dan sistem kapal anti peluru berpandu kepada Ukraine.
(Sumber: Foto Twitter)
UK juga menambah jumlah jaminan pinjaman kepada Kyiv sebanyak 770 juta pound sebagai sokongan ekonomi.
Kunjungan Johnson ke Kyiv itu tidak dihebahkan terlebih awal.
Gambar lawatannya ke Ukraine hanya dimuat naik pihak kedutaan Ukraine di London dalam Twitter ketika mengadakan pertemuan dengan Zelensky. -AFP