fb fb fb fb fb

NATO rancang kawal sempadan, elak pencerobohan Rusia

BRUSSELS, 10 April- Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang merancangan untuk meletakkan tentera tetap di sempadan bagi memerangi pencerobohan Rusia.

Menurut Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, pertubuhan itu 'berada di tengah-tengah transformasi yang sangat asas' yang boleh memberi kesan akibat jangka panjang susulan tindakan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Apa yang kami lihat sekarang adalah realiti baharu, normal baharu untuk keselamatan Eropah.

"Oleh itu, kami sudah meminta komander tentera untuk menyediakan pilihan yang dipanggil tetapan semula, penyesuaian jangka panjang NATO," katanya.

 (Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg/AFP)

Stoltenberg baru-baru ini juga berkata, beliau akan melanjutkan tempohnya sebagai ketua perikatan selama setahun dengan keputusan mengenai penetapan semula akan dibuat pada sidang kemuncak NATO yang akan diadakan di Madrid, Sepanyol pada Jun tahun ini.

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine mencetuskan krisis pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan menyebabkan negara Barat memikirkan semula dasar pertahanan mereka. -REUTERS

Media Baharu