fb fb fb fb fb

Lebih 4.4 juta pelarian Ukraine melarikan diri

GENEVA, 10 April- Lebih 4.4 juta pelarian Ukraine meninggalkan negara mereka sejak Rusia bertindak menceronoh negara itu pada 24 Februari lalu.

Demikian menurut angka dari agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Manakala, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memaklumkan, terdapat seramai 4,441,663 juta pelarian Ukraine setakat semalam.

Jumlah itu meningkat kepada 59,347 orang daripada hari sebelumnya.

(FOTO AFP)

Sejumlah 90 peratus daripada mereka yang melarikan diri dari Ukraine terdiri wanita dan kanak-kanak.

Ini susulan pihak berkuasa Ukraine tidak membenarkan golongan lelaki meninggalkan negara itu.

PBB menganggarkan 7.1 juta orang kehilangan tempat tinggal dalam negara itu, menurut angka yang dikeluarkan oleh IOM pada 5 April lalu. -AFP

Media Baharu