fb fb fb fb fb

Lebih 4.5 juta rakyat Ukraine lari tinggalkan negara susulan krisis perang Rusia - UNHCR

KIEV, 11 April- Lebih 4.5 juta penduduk Ukraine meninggalkan negara itu sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari lalu.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), 90 peratus daripada pelarian merupakan wanita dan kanak-kanak.

PBB menganggarkan 7.1 juta orang kehilangan tempat tinggal.


(FOTO REUTERS)

Dalam pada itu, Ukraine sedang melakukan persiapan untuk pertempuran besar menentang tentera Moscow di timur negara itu.

Ketika ini, ribuan orang awam melarikan diri kerana takut akan serangan Rusia yang akan berlaku.

Pemindahan diteruskan pada hari Sabtu dari Kramatorsk yang diserang peluru berpandu.

Dalam serangan itu, 52 orang terbunuh.

Media Baharu