fb fb fb fb fb

Pentas runtuh, sembilan maut termasuk kanak-kanak

MEXICO, 23 Mei- Sekurang-kurangnya sembilan orang maut termasuk seorang kanak-kanak apabila tiupan angin kencang menyebabkan pentas di sebuah perhimpunan runtuh di utara Mexico, semalam.

Menurut Gabenor Nuevo Leon Samuel Garcia insiden turut menyebabkan 50 yang lain mengalami kecederaan.

"Sekurang-kurangnya 50 orang lain cedera dalam kemalangan itu, beberapa parah.

"Saya kesal untuk melaporkan bahawa setakat ini sembilan orang terkorban..lapan dewasa, seorang kanak-kanak," katanya menerusi platform X.

Acara itu merupakan perhimpunan penutup kempen untuk calon Pergerakan Rakyat bagi Datuk Bandar San Pedro Garza Garcia, Lorenia Canavati.

Calon-calon senator dan ahli parlimen dari parti itu turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.- AFP

aidan