fb fb fb fb fb

AS buktikan sokongan padu kepada Israel, jemput Netanyahu berucap di Kongres

Bangunan Capitol

WASHINGTON, 24 Mei- Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan menyampaikan ucapan di Kongres AS.

Perkara itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Mike Johnson pada Khamis, di tengah-tengah perang berterusan antara Israel dan Hamas di Gaza.

"Kami tidak lama lagi akan menyambut Perdana Menteri Netanyahu di bangunan Capitol untuk sesi bersama Kongres," kata Johnson.

Tambah Johnson, lawatan Netanyahu itu akan menandakan sokongan yang sangat kuat kepada kerajaan haram Israel.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE