fb fb fb fb fb

14 maut dalam kebakaran pangsapuri di Hanoi

FOTO AFP

HANOI, 24 Mei- 14 maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran yang melanda sebuah blok pangsapuri kecil di tengah Hanoi, Vietnam pada Khamis.

"Kebakaran berlaku sekitar 12:30 pagi. Kebakaran itu besar, dengan beberapa letupan," kata Agensi Berita Vietnam.

Seorang pegawai tempatan yang ditemui memberitahu, sehingga pukul 6.20 pagi, pasukan penyelamat mengenal pasti sekurang-kurangnya 14 orang maut dan tiga cedera.

Tidak dapat dipastikan bilangan orang yang berada di dalam apartmen ketika kebakaran berlaku. Api berjaya dipadamkan selepas sejam.

Bangunan itu terletak di lorong selebar dua meter, dengan tingkat atas bangunan itu disewakan, kata VNA.

Tingkat satu dilaporkan digunakan untuk menjual dan membaiki basikal elektrik.

Seorang jiran, yang enggan memberikan namanya, memberitahu AFP dia mendengar "letupan seperti mercun.

"Saya fikir ada pergaduhan, atau sesuatu mengenai tingkap. Saya berlari ke bawah dan melihat api.

"Ramai jiran telah lari keluar dari lorong, menyeberang melalui rumah jiran yang lain. Kami sangat takut."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE