fb fb fb fb fb

Pentadbiran Trump beku dana transit Chicago AS$2.1 Bilion

Bangunan Capitol Amerika Syarikat/REUTERS

WASHINGTON, 4 Oktober – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membekukan dana transit berjumlah AS$2.1 bilion untuk Chicago pada Jumaat, sekali gus menjejaskan satu lagi bandar yang dikuasai Demokrat ketika usaha menamatkan penutupan kerajaan gagal diluluskan di Senat.

Pada hari ketiga penutupan kerajaan itu, Trump meningkatkan tekanan terhadap Demokrat supaya menyokong rancangan Republikan bagi memulihkan semula pembiayaan kerajaan.

Bagaimanapun, usaha itu gagal selepas Senat menolak kedua-dua rang undang-undang,cadangan pembiayaan Republikan dan alternatif Demokrat, sebelum menangguhkan persidangan sehingga Isnin.

Tindakan Trump itu tidak melemahkan pendirian Demokrat, apabila hanya tiga daripada mereka menyokong cadangan Republikan yang mahu melanjutkan pembiayaan hingga 21 November, jumlah sama seperti undian terdahulu.

Demokrat sebaliknya mendesak supaya subsidi penjagaan kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah yang dipotong dalam rang undang-undang terdahulu dipulihkan semula.

Jika penutupan kerajaan berlanjutan selepas Isnin, ia akan menjadi yang keempat terpanjang dalam sejarah AS.

Rekod penutupan terpanjang ialah selama 35 hari pada 2018-2019, ketika penggal pertama pentadbiran Trump. - REUTERS

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI