fb fb fb fb fb

GSF: Pelajar Mexico tuntut pembebasan aktivis ditahan rejim Israel

Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Israel di Mexico City/REUTERS

 MEXICO CITY, 4 Oktober – Sekumpulan pelajar Mexico mengadakan persembahan senyap di hadapan Kedutaan Israel di Mexico City pada Jumaat, menuntut pembebasan rakan mereka yang ditahan tentera Israel dalam misi Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza.

Para penunjuk perasaan berpakaian serba hitam sambil memegang plakad berdiri dalam diam sebagai tanda bantahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai penculikan rakan-rakan mereka, yang kini dilayan seperti penjenayah dan pengganas.

“Kami tidak boleh berdiam diri apabila kawan-kawan kami diperlakukan begini,” kata seorang pelajar, Aura Quetzal, yang turut serta dalam protes tersebut.

Selain itu, penunjuk perasaan mendesak kerajaan Mexico memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Israel dan menuduh masyarakat antarabangsa bersekongkol melalui sikap berdiam diri.

Seorang lagi pelajar menegaskan, adalah “tanggungjawab moral dan undang-undang” mereka untuk menghentikan apa yang digelar sebagai pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. - REUTERS

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI