fb fb fb fb fb

Para pemimpin dunia sambut baik kesediaan Hamas jayakan pelan damai Gaza

Kanak-kanak di Gaza menantikan perang berakhir/ Foto AFP

DOHA, 4 Oktober - Para pemimpin dunia menyambut baik kesediaan Hamas untuk menjayakan pelan damai Gaza yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, harapan mencapai gencatan senjata Gaza dan pembebasan warga Israel di wilayah terkepung itu kini semakin hampir tercapai.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Antonio Guterres juga mengalu-alukan keterbukaan Hamas untuk berunding demi manfaat rakyat Palestin.

Jurucakapnya, Stephane Dujarric berkata, beliau berharap pihak berbalah mengambil peluang itu untuk menamatkan perang di Gaza.

Sementara itu, Qatar dan Mesir yang turut menjadi pengantara rundingan damai pula bersedia untuk bekerjasama untuk menjayakan rundingan bagi mencapai pelaksanaan gencatan senjata.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansa juga mengalu-alukan gesaan Presiden Trump agar serangan dan pengeboman zionis ke atas Gaza dihentikan.

Kementerian Luar Mesir menerusi satu kenyataan juga menyatakan kesediaan untuk mempertingkatkan usaha membawa Hamas dan Israel ke meja rundingan.

Seterusnya, menamatkan penderitaan rakyat Palestin. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN