QAMISHLI, 30 Mac- Pentadbiran yang diketuai kumpulan Kurdish di barat laut Syria menolak legitimasi kerajaan baharu yang dibentuk oleh gabungan Islamis yang menumbangkan pemerintahan Bashar al-Assad pada Disember lalu.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, pihak pentadbiran itu menegaskan bahawa "sebarang kerajaan yang tidak mencerminkan kepelbagaian dan pluraliti negara ini tidak boleh menjamin pentadbiran yang baik di Syria."
Tambah kenyataan itu, mereka "tidak terikat untuk melaksanakan atau menguatkuasakan keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini."
Pengumuman kerajaan baharu dibuat pada Sabtu.-AFP