fb fb fb fb fb

Gempa bumi 7.1 magnitud landa perairan Tonga, amaran tsunami diaktifkan

FOTO HIASAN

SYDNEY, 30 Mac- Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda perairan berhampiran Tonga, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Ahad, dengan ombak tsunami turut dilaporkan.

Gempa itu berlaku 90 kilometer di tenggara perkampungan Pangai, dengan amaran turut dikeluarkan bagi negara kepulauan Niue.

Sistem amaran tsunami AS menyatakan bahawa "ombak tsunami setinggi 0.3 hingga 1 meter di atas paras air pasang mungkin berlaku di beberapa kawasan pesisir Niue dan Tonga."

Sebelum ini, amaran turut menyebut bahawa "ombak tsunami berbahaya mungkin terbentuk dalam radius 300 kilometer dari pusat gempa, termasuk pesisir pantai Tonga."

Agensi pengurusan bencana Tonga telah mengeluarkan peringatan kepada penduduk agar menjauhi pantai dan kawasan persisiran.

"Penduduk di kawasan rendah berhampiran pantai diminta segera berpindah ke kawasan lebih tinggi atau ke pedalaman," menurut Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Negara Tonga dalam kenyataan di Facebook.

Gempa bumi merupakan fenomena biasa di Tonga, sebuah kepulauan rendah yang didiami kira-kira 100,000 penduduk dan terletak di Lingkaran Api Pasifik, zon aktif tektonik yang merentasi Asia Tenggara hingga ke lembangan Pasifik.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE