fb fb fb fb fb

Peniaga di Accra tutup kedai, protes ekonomi semakin buruk

ACCRA, 20 Oktober- Peniaga di ibu kota Ghana menutup kedai mereka sebagai protes terhadap keadaan ekonomi yang semakin buruk.

Pusat perniagaan Accra yang kebiasaannya sibuk kini sunyi dan jalan raya turut lengang.

Cedi Ghana menjunam ke paras terendah iaitu 12.3 berbanding dolar pada Rabu, apabila inflasi melonjak.

Kerajaan Ghana sedang dalam proses rundingan pakej sokongan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Bagaimanapun, beberapa peniaga mengatakan bahawa bantuan yang akan diterima mungkin mengambil masa lama.

"Disebabkan keadaan dolar inilah kami menutup kedai.

Hari demi hari, dolar meningkat, ia terlalu berat buat kami," kata Francis Fynn, 53 tahun, yang telah menguruskan kedai alat tulis keluarganya selama dua dekad.

(Peniaga terlibat duduk di hadapan kedai mereka yang ditutup sebagai protes
terhadap keadaan ekonomi yang buruk / Foto REUTERS)

Tambah Fynn, kadar pertukaran yang semakin teruk menyebabkannya tidak mampu membeli buku dan kertas daripada pembekal.

Fynn ialah ahli Persatuan Pedagang Ghana, yang menyeru semua ahlinya di Accra untuk menangguhkan sebarang aktiviti bermula semalam sehingga Isnin depan sebagai protes.-REUTERS

Media Baharu