NEW YORK, 20 Oktober - Sebuah jawatankuasa pakar mengesyorkan agar suntikan vaksin COVID-19 dijadikan sebahagian daripada program vaksin kanak-kanak kendalian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.
Jawatankuasa tersebut mencadangkan agar semua kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas diberi vaksin COVID-19 , manakala, kanak-kanak 5 tahun ke atas menerima suntikan dos penggalak.
Bawah program itu, pelbagai jenis suntikan diberikan secara percuma kepada jutaan kanak-kanak, setiap tahun.
Ketika ini, vaksin COVID-19 turut diberikan tanpa bayaran oleh kerajaan persekutuan.
Namun mulai tahun depan, proses pemberian vaksin itu dijangka dikendalikan pihak swasta.
(FOTO REUTERS)
Semasa mesyuarat penasihat, pegawai kesihatan menegaskan mereka tidak mengundi untuk menambah suntikan COVID-19 pada jadual vaksin tahunan CDC.
Mereka memaklumkan ini merupakan satu langkah ke arah itu tetapi tidak menetapkan langkah tambahan atau tempoh untuk langkah sedemikian.
Di Amerika Syarikat, CDC menetapkan jadual sasaran vaksinasi mengikut umur dan negeri serta mewajibkan suntikan vaksin untuk kemasukan ke sekolah.
Sementara itu kira-kira hanya satu pertiga kanak-kanak diĀ AS yang menerima vaksin COVID-19. - REUTERS