fb fb fb fb fb

Ubat demam punca 99 kanak-kanak maut

(Foto hiasan)

Jakarta, 20 Oktober- Hampir 100 kanak-kanak meninggal dunia akibat kerosakan buah pinggang yang kronik sepanjang tahun ini.

Kerosakan buah pinggang kronik itu dikatakan berpunca daripada pengambilan ubat demam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Mohammad Syahril berkata, "pihak berkuasa Indonesia mengenal pasti 206 kes dalam kalangan kanak-kanak dengan 99 kematian dilaporkan setakat 18 Oktober lalu."

Sebelum ini, Gambia menyatakan lebih 70 kanak-kanak meninggal dunia akibat kerosakan buah pinggang kronik selepas mengambil sirap paracetamol.

Sebagai langkah pencegahan, "Kementerian Kesihatan Indonesia meminta semua petugas kesihatan menghentikan sementara pemberian ubat cecair buat sementara waktu."

Kementerian membeli ubat khas bagi menangani lonjakan kes itu sementara siasatan berhubung punca kes, diteruskan sejak minggu lepas.

"Kebanyakan kes yang dilaporkan di Indonesia melibatkan usia bawah 18 tahun, terutamanya kanak-kanak yang berumur lima tahun," kata kementerian itu.

Sebelum peningkatan itu berlaku, kes berkaitan kerosakan buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia adalah sekitar satu atau dua kes sebulan.

(Foto hiasan)

Media Baharu