fb fb fb fb fb

COVID-19: Filipina sahkan penularan subvarian XBB

(Foto hiasan)

DAVAO, 20 Oktober- Kementerian Kesihatan Filipina mendedahkan subvarian XBB dan XBC telah dikesan di negara itu, pada Selasa dengan 81 kes dicatatkan di wilayah Visayas Barat dan Davao.

Manakala, 193 kes XBC dikesan di Visayas Barat dan sembilan wilayah lain.

Timbalan Setiausaha Kementerian Kesihatan, Maria Rosario Vergeire mendedahkan, daripada 81 kes XBB, 70 pesakit telah pulih, manakala lapan lagi sedang menjalani kuarantin.

Beliau juga memaklumkan, varian XBC pula telah menyebabkan lima individu yang dijangkiti virus itu meninggal dunia, 176 yang lain pulih, dan tiga lagi masih dikuarantin.

Subvarian XBB yang pertama kali dikesan di India pada Ogos lalu, kini telah menular ke lebih 17 negara di seluruh dunia.

Antara negara lain yang terjejas adalah Singapura, Australia, Bangladesh, Denmark, Jepun dan Amerika Syarikat.

(Foto hiasan)

Media Baharu