(Foto hiasan)
AMERIKA SYARIKAT, 20 Oktober- Jabatan Kesihatan North Dakota menyimpan beribu-ribu dos vaksin COVID-19 pada suhu yang salah sejak dua tahun lalu.
Lebih mengejutkan, apabila vaksin tersebut telah diberikan kepada penerima.
Analisis itu menyatakan, hampir 2,000 dos Moderna disimpan pada suhu yang salah dan telah diberikan kepada penerima.
Semakan audit juga mendapati hampir 13,000 dos vaksin Pfizer dikeluarkan daripada simpanan tanpa data suhu.
Pengauditan itu meliputi tempoh dua tahun yang berakhir pada 30 Jun dan inventori vaksin dijalankan pada 8 Ogos 2021.
Bagaimanapun, pejabat juruaudit menyatakan, mereka tidak mengesyorkan vaksinasi semula bagi penerima vaksin yang terbabit .
Menurut laporan audit, sekiranya vaksin tidak disimpan dengan betul, ia mungkin tidak berkesan terhadap virus COVID-19.
Dalam maklum balas itu, jabatan audit menyatakan, kesilapan perkeranian atau kesilapan dokumentasi mengesyorkan bahawa dos yang sudah tamat tempoh atau tidak baik diberikan.
(Foto hiasan)